Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2014

Info

  • Venue : Kuala Lumpur
  • Closing Date :  30 September 2014
  • Admission :  Free (t&q)

    Description

    About : Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia. Program ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Majlis Penutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 29 Mac 2014 di Matrade Exhibition and Convention Centre (MECC), Kuala Lumpur.

    Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui SME Corp. Malaysia.

    Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
    Pendekatan melalui pembinaan ketahanan diri dan bimbingan ilmu keusahawanan termasuk aktiviti boot camp bagi membantu golongan belia Bumiputera berumur di antara 18 - 40 tahun untuk memulakan perniagaan.

    Objektif :
    Memupuk budaya keusahawanan di kalangan belia Bumiputera;
    Anjakan paradigma daripada pekerja kepada pemilik perniagaan (menyediakan peluang pekerjaan); dan
    Membentuk daya tahan dalam mengendalikan perniagaan

    Pelaksanaan Program

    Terbahagi kepada 3 Fasa:

    Fasa 1: Menghadiri latihan fizikal selama 7 hari berkonsepkan boot camp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan, kerja berpasukan dan menguji daya tahan fizikal, disiplin dan survival
    Fasa 2: Peserta yang berjaya melepasi fasa 1 dan 2 akan menghadiri Bengkel Asas Perniagaan selama 7 hari yang memberi pendedahan berkenaan lanskap perniagaan terkini termasuk asas perniagaan dan penyediaan pelan perniagaan
    Fasa 3: Pelaksanaan Perniagaan (Sistem Buddy melalui penyeliaan dan bimbingan Kaunselor Perniagaan dan Kewangan serta Panel Penasihat Pakar PKS (SEAP) selama 12 bulan)
    Penyaluran bantuan kewangan berjumlah maksimum RM15,000 akan diberi kepada peserta yang berjaya melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 dan telah mendaftarkan perniagaan.

    Selepas beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan, syarikat boleh memohon bantuan di bawah Program Enrichment & Enhancement (E²) yang disalurkan secara bayaran timbal balik (reimbursement basis) untuk syarikat membiayai kos-kos yang berkaitan dengan aktiviti penambahbaikan keupayaan perniagaan.

    Syarat-syarat Permohonan
    Warganegara Malaysia Bumiputera berumur di antara 18 - 40 tahun
    Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi kemahiran tempatan
    Sihat dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal. Wanita yang mengandung adalah tidak digalakkan untuk menyertai Progam ini
    Belum memulakan perniagaan tetapi mempunyai minat yang mendalam untuk menjalankan perniagaan.
    Bagi pemohon yang telah menjalankan perniagaan, perniagaan mestilah kurang dari 12 bulan beroperasi
    Pemohon tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis
    Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2014

      Link

      Official Website : http://tube.smecorp.gov.my/TUBE/

        Labels

        Disclaimer

        zeroplan.blogspot & zeroplan.facebook are not manage and organize this event. Date, Venue, Time and Tickets price about to change without prior notice. Decision based on information that we collect maybe are not true and may cost you a risk and loss. Please be advice to check the official website and the organizer to confirm your trip and activity. Do notice us if the event from our post were canceled, postponed or wrong. Thank You, Admin ZeroPlan Malaysia.
        x

        Like us On Facebook


        .